bangkai kambing jadi hidangan di madinah


MADINAH: Sebuah restoran terkenal diserbu pihak berkuasa tempatan semalam selepas pemilik premis itu didakwa menghidangkan pelanggannya dengan daging tercemar.

Menurut maklumat, pemilik restoran berkenaan membeli kambing berpenyakit kerana harganya yang murah sebelum ia digunakan dalam hidangan kepada pelanggan.


Malah, dalam kes tertentu, pemilik restoran itu turut menggunakan daging kambing yang lama mati sebagai bahan masakannya.

Selepas mendapat aduan daripada orang ramai, penguat kuasa kesihatan Madinah melakukan lawatan mengejut ke premis berkenaan, selain beberapa restoran lain di bandar raya itu bagi memeriksa standard kesihatan serta kelayakan kakitangannya.


Pegawai Jabatan Kesihatan Madinah, Dr Hamza Seebaih, berkata restoran terkenal itu kini ditutup sementara selepas semakan mendapati, pekerja di situ tidak memiliki sijil pengesahan kesihatan.


Empat daripada kakitangannya juga tidak memiliki permit kerja sah.

“Apabila pemeriksaan dijalankan di kediaman pekerja terbabit di belakang restoran berkenaan, kami terkejut kerana mendapati ia dijadikan pusat penyembelihan,” katanya.


Turut ditemui, kata Dr Hamza, kambing berpenyakit dan bangkai haiwan berkenaan.


Katanya, kebanyakan daging disimpan dalam peti sejuk tidak sesuai dimasak.


“Turut ditemui, sejumlah ayam beku yang tidak diketahui sumbernya,” katanya.


Semua daging itu dirampas dan dimusnahkan.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Followers

jom komen